Popular Posts
-
Kelong Batu Undan di bawah BATU UNDAN Recreation N Services telah mengembangkan sayapnya lagi dengan menyediakan perkhidmatan sewa bot pan...
-
Kami mempunyai1 unit kelong yang memberi ruang PRIVACY sepenuhnya buat anda dan team anda. SEWA KELONG : MIN RM300@ 2-6 PAX Tambahan ...
Wednesday, July 13, 2016
Trip Geng ILSM Dari Sungkai keKelong Batu Undan
Trip Geng En Paan @ Geng ILSM Sungkai dilakukan pada 21 Mei 2016. Ini merupakan trip-trip akhir sebelum kami menutup tirai bagi memberi laluan untuk Ramadhan al Karim. Memang telah menjadi tuntutan, Ramadhan hanya kami peruntukkan untuk mengejar Saham Akhirat pula. Jadi saya di pihak Batu Undan Recreation N Services memohon maaf kepada kaki2 pancing yang bertanyakan tarikh sepanjang bulan Ramadhan.
Salam Lebaran 2016
Salam Lebaran untuk semua kaki2 pancing dari kami di Batu Undan Recreation N Services.
Maaf, lama betul tak update blog ni. Bukannya kerana pemancing tak whatsapp gambar hasil tangkapan untuk tontonan umum, cuma saya yang tidak berkesempatan langsung untuk menghadap laptop ni memandangkan tahun ni anak-anak nak ambik exam UPSR dan PT3. Di tambah pula dengan jawatan yang baru disandang suami, menyebabkan semua urusan di rumah di pikul oleh MEM Besar seorang diri. Apapun alhamdulillah, rezeki dan dunia pemancing berterusan dari Allah.
Saya akan sebaik mungkin upload gambar gambar di sini, cuma sekarang agak keliru group dan tarikh pemancing yang datang memandangkan dari bulan Januari gambar tersimpan dalam data
Rasanya ini hasil geng en Nujmudin pada 20 Mac 2016. Yang besar katanya dah masuk kuali.
Ini Pulak Geng En Abd Rahman dalam bulan Mei..rasanya 1 Mei 2016. First timer group ni, apapun hasil mereka boleh tahan jugak dan mereka berpuas hati.
Maaf, lama betul tak update blog ni. Bukannya kerana pemancing tak whatsapp gambar hasil tangkapan untuk tontonan umum, cuma saya yang tidak berkesempatan langsung untuk menghadap laptop ni memandangkan tahun ni anak-anak nak ambik exam UPSR dan PT3. Di tambah pula dengan jawatan yang baru disandang suami, menyebabkan semua urusan di rumah di pikul oleh MEM Besar seorang diri. Apapun alhamdulillah, rezeki dan dunia pemancing berterusan dari Allah.
Saya akan sebaik mungkin upload gambar gambar di sini, cuma sekarang agak keliru group dan tarikh pemancing yang datang memandangkan dari bulan Januari gambar tersimpan dalam data
Yang Ini hasil tangkapan geng En Aziz Mat pada 27 Mac 2016
Begitulah lebih kurang rangkuman dari gambar-gambar yang dihantar. Saya minta maaf sekiranya ada yang tercicir ataau info melibatkan nama atau tarikh yang agak kurang tepat. Apapun terima kasih di atas kunjungan anda semua. Buat semua kaki pancing Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami di sini. Trip penutup tirai geng Paan akan saya masukkan di page yang lain sebaab group ni baru je whatsapp hasil tangkapan mereka pada saya hari ni.
Monday, January 18, 2016
Trip kelong 16hb January 2016
Ini bukanlah merupakan trip pembuka tirai, terdapat beberapa siri trip sebelum ini turut memperolehi serba sedikit hasil tangkapan. Tetapi atas ehsan pemancing, barulah kami dapat memaparkan hasil tangkapan mereka.Terima kasih kami ucapkan buat pemancing kami yang turun padang pada 16hb baru-baru ni.
Thursday, December 31, 2015
Kelong Batu Undan Melabuh Tirai 2015
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dari kami di Batu Undan Recreation N Services diatas sokongan semua pencinta,penggemar dan penggila pancing di seluruh pelusuk negara. Atas sokongan anda semua kami masih kekal berdiri sehingga ke hari ini. Atas komitment anda maka kami terus mengharungi pahit getir perusahaan kelong pancing ini. Dan semoga dengan berterusannya sokongan dari anda, kami dapat melangkah lebih jauh dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik dan profesional.
Kehadiran 2016 amat mencabar kepada setiap dari kita. Tidak terkecuali kami sebagai pengusaha kelong pancing. Kos beroperasi semakin meningkat dari masa ke semasa. Semoga dengan sambutan hangat yang berpanjangan dari kaki pancing semua mampu menjadi talian hayat buat kami di sini.
Sebelum berakhirnya episod di tahun 2015 ini, kami di Batu Undan Recreation N Services ingin memohon maaf diatas sebarang kekurangan dan kesilapan. Dan di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2016 yang penuh mencabar dengan penuh ketabahan.Dan sempena menutup tirai 2015 ini, kami ingin mengetengahkan hasil tangkapan PENUTUP TIRAI dari Encik Nazri dan Sahabat dari Ipoh.
Tarikh Tangkapan: 29 December 2015

Monday, November 9, 2015
Trip Kelong 17 Oktober 2015
Terima kasih atas kirimanGeng En Fendy dan maaf di atas kelewatan kami update blog ini.
Meriah..meriah..
Sunday, August 30, 2015
Trip kelong 29 ogos 2015
Hari ni fokus kita kepada en zambri..berkat kesabaran beliau maka yang lain pun kena tumpang bersabar juga lah mendengar kisah jagoan kita hari ni..hi..hi..apa pun tahniah tuan.
Bersantai sambil mendengar kisah yang tiada kesudahan..
Friday, August 28, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)