Popular Posts

Wednesday, July 13, 2016

Salam Lebaran 2016

Salam Lebaran untuk semua kaki2 pancing dari kami di Batu Undan Recreation N Services.
Maaf, lama betul tak update blog ni. Bukannya kerana pemancing tak whatsapp gambar hasil tangkapan untuk tontonan umum, cuma saya yang tidak berkesempatan langsung untuk menghadap laptop ni memandangkan tahun ni anak-anak nak ambik exam UPSR dan PT3. Di tambah pula dengan jawatan yang baru disandang suami, menyebabkan semua urusan di rumah di pikul oleh MEM Besar seorang diri. Apapun alhamdulillah, rezeki dan dunia pemancing berterusan dari Allah.
Saya akan sebaik mungkin upload gambar gambar di sini, cuma sekarang agak keliru group dan tarikh pemancing yang datang memandangkan dari bulan Januari gambar tersimpan dalam data

Rasanya ini hasil geng en Nujmudin pada 20 Mac 2016. Yang besar katanya dah masuk kuali.
Yang Ini hasil tangkapan geng En Aziz Mat pada 27 Mac 2016



 Ini Pulak Geng En Abd Rahman dalam bulan Mei..rasanya 1 Mei 2016. First timer group ni, apapun hasil mereka boleh tahan jugak dan mereka berpuas hati.


Begitulah lebih kurang rangkuman dari gambar-gambar yang dihantar. Saya minta maaf sekiranya ada yang tercicir ataau info melibatkan nama atau tarikh yang agak kurang tepat. Apapun terima kasih di atas kunjungan anda semua. Buat semua kaki pancing Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami di sini. Trip penutup tirai geng Paan akan saya masukkan di page yang lain sebaab group ni baru je whatsapp hasil tangkapan mereka pada saya hari ni.








No comments:

Post a Comment