Popular Posts

Tuesday, December 20, 2016

Aksi K2 Kelong Batu Undan 17 Dec 2016

Terima kasih di atas kiriman En Zawawi. Menurut beliau, ada nelayan yang memasing jaring di kawasan berhampiran sewaktu mereka di atas sana, namun alhamdulillah adalah sedikit cenderahati buat mereka dari batu undan


Aksi K3 Kelong Batu Undan 14 Dec 2016

Terima kasih di atas kiriman geng En Ahmad Shamil. Ada rezeki kita berjumpa lagi



Thursday, December 15, 2016

Aksi K2 Kelong Batu Undan 14 Dec 2016

Terima kasih di atas kiriman Geng Sentap SMKSAG yang berkunjung ke kelong kami baru-baru ni.





Tahniah dan terima kasih tuan.

Saturday, December 10, 2016

Aksi K2 Batu Undan 10 Dec 2016

Terima kasih di atas kiriman Geng En Zainizam. Walaupun cuaca agak mencemburui mereka tetapi alhamdulillah adalah serba sedikit buah tangan untuk mereka.

Aksi K1 Batu Undan 3 Dec 2016

Bila geng Cameron turun padang. Terima kasih tuan





Saturday, December 3, 2016

Aksi K1 2 Dec 2016

Terima kasih atas kunjungan group GPG 15 ke kelong kami, dan terima kasih juga kerana membuat kejutan dengan meminta saya menyampaikan hadiah kemenangan kepada ahli mereka yang telah berjaya dalam pertandingan memancing yang mereka anjurkan bersama di atas kelong.

Wajah seorang Juara

Pemenang Tempat ke 3 yg tangkapannya di rahsiakan demi keamanan sejagat

Juara kita hari ni dengan hasil Gemang. Tahniah dari saya.


Pemenang tempat ke 2 kita dengan tangkapan yang turut dirahsiakan.

 Apapun, terima kasih semua. Kepuasan anda keutamaan kami



Aksi K1 Batu Undan 30 Nov 2016

Terima kasih atas kiriman En Zulkifli n the geng.
Ikan Pecah Periuk

Ikan Pari

Aksi K1 Batu Undan 26 Nov 2016

Geng En Azmil bersama Ebek mereka @ dikenali sebagai Ikan Rambai oleh penduduk setempat.
Towkey Kelong Cikgu Kamarul sedang bercerita perihal kelong








Terima kasih tuan. Jangan serik untuk terus bertarung nasib di kelong kami.

Monday, November 28, 2016

Aksi K2 Batu Undan 26 Nov 2016



Terima kasih atas kiriman En Badrul dan isteri. Sama adil, dapat sorang seekor nampaknya. Terima kasih juga di atas cadangan dari En Badrul. In sha Allah kami akan berusaha setakat yang termampu. Semoga kembali untuk trip yang seterusnya.

Tuesday, November 22, 2016

Aksi K1 Batu Undan 19 Nov 2016

Terima kasih atas kiriman En Nasir bersama ahli keluarga yang menggunakan perkhidmatan kami. Walaupun cuaca agak mencemburui trip mereka kali ini, tetapi alhamdulillah, tergambar keceriaan diwajah mereka. Terima kasih tuan harap tak serik untuk datang lagi.

Keluarga En Nasir bersama hasil tangkapan mereka


Terbaik, next time boleh bawa jaring ketam sama

Sarapan selepas hujan pasti yang terbaik dari mem tersayang


Cuaca agak murung kali ini, tapi alhamdulillah ada juga penawar jiwa

Tahniah tuan.

Monday, November 21, 2016

Aksi K2 Batu Undan 12 november 2016

Kiriman hasil tangkapan dari geng En Zabidi. Tahniah tuan.



Aksi K1 Batu Undan 10 November 2016

Terima kasih atas kiriman dan kunjungan geng en Khair dari Alor Setar Kedah. Jauh mai, alhamdulillah beginilah rezeki mereka.



Walau tanpa gancu, pengalaman mengatasi kekurangan peralatan. Tahniah Tuan.

Monday, November 7, 2016

Aksi K3 Batu Undan 6-7 Nov 2016

Terima kasih buat kiriman puan Suliany dan suami hasil tangkapan mereka di kelong K3 kami di area Batu Keramat. Semoga tak serik untuk datang lagi.


Aksi Kelong Batu Undan 4-5 Nov 2016

Antara hasil yang berjaya didarat kan di ketiga-tiga kelong

K1:Geng En Edwandy bersama ikan daun baru





K2: Geng En Jefry dgn ikan jenahak


Ikan dan Pemancing sama je aksinya.

K3: Geng En Khai bersama Siakap


Terima kasih tuan.