Popular Posts

Thursday, December 31, 2015

Kelong Batu Undan Melabuh Tirai 2015

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dari kami di Batu Undan Recreation N Services diatas sokongan semua pencinta,penggemar dan penggila pancing di seluruh pelusuk negara. Atas sokongan anda semua kami masih kekal berdiri sehingga ke hari ini. Atas komitment anda maka kami terus mengharungi pahit getir perusahaan kelong pancing ini. Dan semoga dengan berterusannya sokongan dari anda, kami dapat melangkah lebih jauh dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik dan profesional.

Kehadiran 2016 amat mencabar kepada setiap dari kita. Tidak terkecuali kami sebagai pengusaha kelong pancing. Kos beroperasi semakin meningkat dari masa ke semasa. Semoga dengan sambutan hangat yang berpanjangan dari kaki pancing semua mampu menjadi talian hayat buat kami di sini.

Sebelum berakhirnya episod di tahun 2015 ini, kami di Batu Undan Recreation N Services ingin memohon maaf diatas sebarang kekurangan dan kesilapan. Dan di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2016 yang penuh mencabar dengan penuh ketabahan.Dan sempena menutup tirai 2015 ini, kami ingin mengetengahkan hasil tangkapan PENUTUP TIRAI dari Encik Nazri dan Sahabat dari Ipoh.

Tarikh Tangkapan: 29 December 2015








Monday, November 9, 2015

Trip Kelong 17 Oktober 2015

Terima kasih atas kirimanGeng En Fendy dan maaf di atas kelewatan kami update blog ini.










Meriah..meriah..

Sunday, August 30, 2015

Trip kelong 29 ogos 2015

Hari ni fokus kita kepada en zambri..berkat kesabaran beliau maka yang lain pun kena tumpang bersabar juga lah mendengar kisah jagoan kita hari ni..hi..hi..apa pun tahniah tuan.


Bersantai sambil mendengar kisah yang tiada kesudahan..

Friday, May 1, 2015

Trip kelong 25 April 2015

Geng sg siput menghantar gambo hasil tangkapan mereka baru-baru ni. Kalau ada agensi pengiklanan yg memerlukan model pemancing tegar boleh terus berurusan dengan saya..hi..hi..Apa pun terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kelong kami.









Sunday, April 19, 2015

Trip kelong 18hb April 2015

Dah lama blog tak berupdate..smart phone dah hancur kena pijak dek anak.komputer pun asyik buat hal.. alhamdulillah hari ni dah ada phone baru so kebetulan geng en zali yg baru naik semalam wasssp gambar hasil tangkapan diaorang.



Terima kasih .

Sunday, January 25, 2015

Trip kelong 24 Jan 2015








Group En Azma bersama hasil tangkapan  mereka . Dan yang bawah ni group en izat