Popular Posts

Friday, February 28, 2014

Hasil Kelong 28 Feb 2014

Geng En Fuad menghantar email hasil tangkapan mereka di kelong kami untuk di abadikan di blog ini

Nota: Deme hantar gambo yang saiz mega jer..yang comei..comei x nak tunjuk.

Hasil kelong 27hb Feb 2014

En Nazri bersama 2 lagi rakannya yang baru mula nak berjinak dengan kelong.Terima kasih di atas email rakannya kepada kami.



Nota: Siakap dan kerapu terlepasss..melepasss

Thursday, February 20, 2014

Trip Kelong 18 Feb 2014

Pasangan En Azrie dan isteri dari kajang.

Nota: Ada yang lebih besau terlepas katanya..putus..takde rezeki..bukan apa saja kasi panasss

Sunday, February 16, 2014

Hasil ke tiga-tiga Kelong pada 15 Feb 2014

Ha..ha jarang-jarang berlaku rezeki ke tiga-tiga kelong menjadi dalam waktu yang sama. Apapun alhamdulillah rezeki kali ini memihak kepada geng-geng pancing yang datang ke kelong kami pada hari ni.

Geng Selekoh Bagan Datoh. Cikgu Syed dan konco-konconya tersenyum lebor bergambor.





Geng Kajang/Shah Alam: Kureng sikit,..panas dok lihat geng lain layan hasil mereka.
 Nota: Sabar Tuan ...sabarrr..insyaallah lain kali ader tu. Maaf tak sempat nak rakam wajah geng en Fauzi ni.Tapi Toyota Wish tu memang cantekk.


Geng Kuala Kangsor campor Chemor campor KL.Layan habiss.


Nota: Kate deme tiga empat perambut putus kena rembat sang ikan.Dengar kate nak repeat trip membalas dendam

Wednesday, February 5, 2014

Hasil Kelong Geng En Salam 5 Feb 2014

Ha..ha  walaupun jelez dan tension je tengok group di seberang laayan jenahak demi jenahak, mereka terpaksa akur dengan rezeki yang setakat ni.

Nota: Jangan mudah terpedaya dengan mainan sang ikan,kekadang di belakang kekadang di depan..kekadang membangau sampai..tak lalu nak makan..apa-apa pun terima kasih dari kami buat sokongan anda.

Tuesday, February 4, 2014

Hasil Kelong 5 Feb 2014

Rezeki Geng Sg Siput. Rekod le setakat ni..

Botol mineral 1500ml tu dek oii.. ni tangkapan setakat jam 12 malam. siang ni ada 5 strike kata tuan punya diri, 4 putus dan 1 dapat naik.

Nota: petang ni jangan ader saper pun nak interprame.. towkey kelong pulak nak test luck...mhua ha ha...

Sunday, February 2, 2014

Trip Kelong 2 Feb 2014

Pasangan En Khir Firdaus dan isteri..katenye nyambut anniversary kat kelong..ha..ha insyaallah moga bahagia berpanjangan Amin.


Trip Kelong 1 Feb 2014

Hasil tangkapan geng En Naim yang sempat dirakamkan.

Trip 31 Jan 2014 Pasangan Ideal Mr & Mrs Fuad

Trip kali kedua mereka di kelong kami.


Trip Kelong 31 Jan 2014

Sahabat kami En Izman bersama konco-konconya.Udah lame dia menyepi..ingatkan merajuk rupenya bizzii..

Nota:Asalkan sume hepi udah...

Trip Kelong 29 Jan 2014

Gambar hasil tangkapan geng En Nahar ber tiga yangdi emailkan pada kami

Nota:Terima kasih kerana setia bersama kami