Popular Posts

Monday, November 28, 2016

Aksi K2 Batu Undan 26 Nov 2016



Terima kasih atas kiriman En Badrul dan isteri. Sama adil, dapat sorang seekor nampaknya. Terima kasih juga di atas cadangan dari En Badrul. In sha Allah kami akan berusaha setakat yang termampu. Semoga kembali untuk trip yang seterusnya.

Tuesday, November 22, 2016

Aksi K1 Batu Undan 19 Nov 2016

Terima kasih atas kiriman En Nasir bersama ahli keluarga yang menggunakan perkhidmatan kami. Walaupun cuaca agak mencemburui trip mereka kali ini, tetapi alhamdulillah, tergambar keceriaan diwajah mereka. Terima kasih tuan harap tak serik untuk datang lagi.

Keluarga En Nasir bersama hasil tangkapan mereka


Terbaik, next time boleh bawa jaring ketam sama

Sarapan selepas hujan pasti yang terbaik dari mem tersayang


Cuaca agak murung kali ini, tapi alhamdulillah ada juga penawar jiwa

Tahniah tuan.

Monday, November 21, 2016

Aksi K2 Batu Undan 12 november 2016

Kiriman hasil tangkapan dari geng En Zabidi. Tahniah tuan.



Aksi K1 Batu Undan 10 November 2016

Terima kasih atas kiriman dan kunjungan geng en Khair dari Alor Setar Kedah. Jauh mai, alhamdulillah beginilah rezeki mereka.



video
Walau tanpa gancu, pengalaman mengatasi kekurangan peralatan. Tahniah Tuan.

Monday, November 7, 2016

Aksi K3 Batu Undan 6-7 Nov 2016

Terima kasih buat kiriman puan Suliany dan suami hasil tangkapan mereka di kelong K3 kami di area Batu Keramat. Semoga tak serik untuk datang lagi.


Aksi Kelong Batu Undan 4-5 Nov 2016

Antara hasil yang berjaya didarat kan di ketiga-tiga kelong

K1:Geng En Edwandy bersama ikan daun baru





K2: Geng En Jefry dgn ikan jenahak


Ikan dan Pemancing sama je aksinya.

K3: Geng En Khai bersama Siakap


Terima kasih tuan.

Friday, November 4, 2016

Kelong Batu Undan

Beginilah keadaan dan rekabentuk 3 unit kelong kami buat masa ini.

Kelong 1 (K1)
Teduhan seluas 20X20KP, beserta pelantar depan belakang.
K1 turut dilengkapi sebuah bilik bersaiz 15X10KP, Bilik air (standard laut), Dapur Gas dan peralatan memasak. Kapasiti 8-10pax.

Kelong 2 (K2)
Teduhan seluas 20x20KP, beserta pelantar depan belakang.
K2 turut dilengkapi sebuah bilik bersaiz 10X10KP, Bilik air (standard laut), Dapur Gas dan peralatan memasak. Kapasiti 8-10pax.

Kelong 3 (K3)
Teduhan seluas 20X20KP, hanya mempunyai pelantar hadapan.
K3 turut dilengkapi sebuah bilik bersaiz 10X10KP, Bilik air (standard laut), Dapur Gas dan peralatan memasak. Kapasiti 5 pax.


Kerja-kerja baikpulih Kelong 3 (K3) Batu Undan 4 Nov 2016

Alhamdulillah di kesempatan cuti di negeri Perak hari ni, kami anak beranak mengambil kesempatan untuk melakukan baikpulih di Kelong 3 yang terletak di batu keramat area kg baru.
Seawal jam 8.00 pagi kami dah mula mengangkut papan dan dimuatkan ke atas bot. Turut membantu ialah HERO saya yang berusia 12 tahun dan masih menunggu result UPSR nya yang bakal keluar tak lama lagi. Terima kasih kerana menjadi anak ibu yang bertanggungjawab. REDHA ayah dan ibu sentiasa bersama kamu. Moga Allah membalas jasa kamu bersama dengan REDHANYA.Aamiin.

Inilah orang kuat kami

Walau baru berusia 12 tahun tapi size dah boleh tandingi ayahnya

Membuka papan lantai yang reput

Mengantikan dengan papan lantai yang baru

Ruang teduhan dan bilik air


Bilik

Alhamdulillah selesai. 

Kelong 3 ini hanya mempunyai pelantar sehala dan mampu menampung max 5 pax sahaja.