Popular Posts

Sunday, July 17, 2011

Salam Pengenalan

Salam Pengenalan buat semua kaki-kaki pancing seluruhnya. Setelah lebih setahun Kelong Batu Undan beroperasi menerima pemancing-pemancing baik yang dekat mahupun jauh, kini kami terpanggil untuk melancarkan blog kami sendiri. Telah banyak yang kami lalui dalam usia sesingkat ini, dan kami menjangkakan lebih banyak lagi yang bakal diharungi. Sungguhpun begitu, Kelong Batu Undan akan terus berdiri atas sokongan anda semua.
Kelong Batu Undan lahir dari keringat dan air mata.Asas kelong bermula dari Hijrah, Sauh kelong dibuat dari Tauhid, Lantai dan Dinding kelong dipaku dengan Iman, Bumbungnya di sulam dengan Amal dan Pelantarnya di skru dengan Takwa.Setiap tetamu kelong adalah AHLI KELUARGA.
Kelong Batu Undan tidak menjanjikan apa-apa yang diluar kemampuan, sebaliknya kami menjanjikan rekreasi lepak dan santai berkonsepkan PRIVACY Satu Team Satu Kelong.Setakat ini kami memiliki 2 unit kelong berasingan yang mampu memuatkan lebih 10 pemancing pada setiap unit. Kami lengkapkan setiap kelong dengan kemudahan paling asas agar pemancing rasa selesa.Misi kami cuma satu "Rezeki hak Allah, tapi serbis hak kami".InsyaAllah.
Untuk tetamu-tetamu kami yang terdahulu, Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami atas sokongan anda semua.Buat tetamu-tetamu baru, Salam Perkenalan dari kami dan Selamat Datang ke Kelong Batu Undan.
Segala komen yang membina amat kami alu-alukan.Segala yang baik itu datang dari Allah, dan segala kekurangan itu adalah kelemahan kami sendiri.

Batu Undan Team