Popular Posts

Friday, November 1, 2013

Perkhidmatan Sewa Sampan Pandu Sendiri

Alhamdulillah kali ini Batu Undan Recreation N Services sedang cuba menambahkan lagi rencah ratus dalam operasi perkhidmatan kami buat kaki-kaki pancing. Insyaallah our next target selain menyiapkan kelong ke 3 kami, membaikpulih kelong-kelong yang sedia ada ialah menyediakan perkhidmatan sewa bot dan sampan pandu sendiri. Terus terang kami katakan modal kami agak terhad di dalam melaksanakan kesemua projek-projek tersebut dalam masa yang singkat. So sekiranya ada investor-investor diluar sana yang berminat untuk meng-invest harta-harta mereka, kami di sini sedia berbincang.

Buat masa ini, sekiranya ada kaki pancing yang rasa nak sewa sampan pandu sendiri bolehlah menyewa sampan kami Enjin 15HP ni.
Pakej 12 jam: *(Sehingga Nov 2013)

  • RM110 (10 liter minyak)
  • RM130 (20 liter minyak)
*Harga berubah mengikut harga minyak pasaran

Nota: Sokongan anda menjamin perkhidmatan kami yang berterusan

Saturday, October 26, 2013

Kelong Batu Undan 26 Oktober 2013 Geng KJTB

Cuaca baik di Kg Baru menyambut kehadiran geng KJTB kali ini walaupun laluan untuk masuk ke kampung kurang baik kerana sedang di naik taraf. Peserta kali ini lebih ramai dari kebiasaan. Acap kali kehadiran group ini membawa wajah wajah baru kesini. Kali ini peserta seramai 7 orang.
Tetapi seperti biasa cuaca yang indah tidak kekal lama. Apa pun hujan yang turun tetap membawa rahmat buat group mereka.




Nota: Kami tabik spring untuk group anda.

Kelong Batu Undan: Kelong Batu Undan 7 Oktober 2013

Kelong Batu Undan: Kelong Batu Undan 7 Oktober 2013: Geng En Nazrul

Wednesday, October 23, 2013

Kelong Batu Undan 7 Oktober 2013

Geng En Nazrul 


Kelong Batu Undan 5 Oktober 2013

Terima Kasih buat geng En Fuzi yang telah menghantar gambar hasil tangkapan mereka di kelong kami di laman facebook kelong batu undan. Apa yang dipaparkan ialah hasil download dari apa yang mereka kirimkan.

sapa rajin layan gelama... hasil boleh tahan...

gelama tak menang tangan melayan...

double hook up memang biasa kat kelong nie...


Tamok @ Loban @ Ibu Belanak


nak rasa layan pari ketuka sini memang port dia...


Tamok kelong batu undan...

Kelong Batu Undan 19 Oktober 2013(Team Kuchams)

Pada 19/10/2013-20/10/2013,kami mengadakan trip ke kelong Batu Undan,Lumut.
Trip ini adalah untuk santai bersama ahli Kuchams Team yang lama tidak membottomkan diri.Asyik casting jer..Trip ini juga untuk merapatkan lagi ukhwah antara ahli Kuchams Team.
Pertandingan antara kami juga diadakan bagi memeriahkan suasana.Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini adalah 3 jam pertama tiba di kelong.Pemenangnyer ialah Meor yang menaikkan ikan tanda seberat 160g.
Pada sebelah petang hujan turun membawa ke awal pagi.Banyak juga strike dari ikan yang melenturkan rod tapi rabut.Siakap mega yang dianggarkan berat melebihi 5kg hanya menunjukkan diri bermain di sekitar kelong tetapi sombong dan tidak mengendahkan langsung umpan yang kami sediakan.Alhamdulillah walaupun hujan,ada juga rezeki untuk kami walaupun memancing sambil bersantai.

Wednesday, October 9, 2013

Trip Jenahak Muara Selat Dinding 6 Oktober 2013

Group En Ismail tersenyum lebar dengan hasil yang dibawa pulang.


Nota: Tekong Azhar