Popular Posts

Friday, November 4, 2016

Kerja-kerja baikpulih Kelong 3 (K3) Batu Undan 4 Nov 2016

Alhamdulillah di kesempatan cuti di negeri Perak hari ni, kami anak beranak mengambil kesempatan untuk melakukan baikpulih di Kelong 3 yang terletak di batu keramat area kg baru.
Seawal jam 8.00 pagi kami dah mula mengangkut papan dan dimuatkan ke atas bot. Turut membantu ialah HERO saya yang berusia 12 tahun dan masih menunggu result UPSR nya yang bakal keluar tak lama lagi. Terima kasih kerana menjadi anak ibu yang bertanggungjawab. REDHA ayah dan ibu sentiasa bersama kamu. Moga Allah membalas jasa kamu bersama dengan REDHANYA.Aamiin.

Inilah orang kuat kami

Walau baru berusia 12 tahun tapi size dah boleh tandingi ayahnya

Membuka papan lantai yang reput

Mengantikan dengan papan lantai yang baru

Ruang teduhan dan bilik air


Bilik

Alhamdulillah selesai. 

Kelong 3 ini hanya mempunyai pelantar sehala dan mampu menampung max 5 pax sahaja.

Friday, October 28, 2016

Aksi di Kelong 2 Batu Undan 28 Oktober 2016

Kurau sudah mari. Alhamdulillah. Walau spesis ini sekali sekala melewati kawasan Batu Undan, kedatangannya telah di sambut baik dengan senyuman yang meleret dari geng En Fadhil. Sebenarnya di waktu saya meng update kan blog ni, group ni masih mempertarungkan nasib mereka di Kelong 2 Batu Undan . Agaknya keterujaan membuatkan En Fadhil tanpa lengah menghantar gambar hasil tangkapan kepada saya.
Pada asalnya group mereka mendambakan untuk bertarung nasib di kelong 1. Tetapi malangnya, disebabkan ribut kuat malam sebelum ni, kelong 1 terpaksa ditutup hari ini bagi kerja-kerja baikpulih bumbung yang tersingkap dek angin kuat. Mujur mereka akur pada ketentuan Allah. Tanpa sebarang keluhan dan ragam, mereka bersetuju ditempatkan di Kelong 2. Alhamdulillah, kalau rezeki dah tertulis, tak kan ke mana. Tahniah tuan. Teruskan berusaha.

Ikan Kurau

Ikan Jenahak



Bulan oh bulan di kala bulan mengambang
Kesemua hasil yang telah berjaya mereka perolehi telah mereka abadikan disini untuk santapan mata pemancing di luar sana.

Tahniah dan terima kasih tuan. Harap berjumpa lagi di lain kali.

Aksi di Batu Undan Selepas Baik Pulih Kelong No 2

Alhamdulillah, selesai sahaja kerja-kerja baik pulih lantai kelong terus kami menerima pemancing. Beginilah sedikit sebanyak wajah baru dari Kelong 2 di Batu Undan.




Antara hasil sekitar tarikh 2 - 8  Oktober 2016 di kelong 2 yang dikirimkan kepada kami.
En wafi bersama hasil tangkapannya ikan pecah periuk


 Geng En kamal bersama Ikan Jenahak mereka




 Keluarga En Nasir bersama kerapu dan semilang sebelum diganggu oleh nelayan desa yang melabuh pukat terlalu hampir dengan tapak kelong.


Apapun Tahniah dan terima kasih dari kami di Batu Undan.

Thursday, September 29, 2016

Kes Kecurian di Kelong Batu Undan( Part II) 29 September 2016

Ini merupakan bahagian teduhan yang turut menjadi mangsa kes umpil papan lantai baru-baru ni. Setelah selesai melantai semula pelantar belakang semalam, hari ini kami berjaya melantai semula bahagian teduhan dan pelantar hadapan.Kerja-kerja baikpulih dilakukan sekitar jam 2.00pm sehingga jam 7.00pm.
Beginilah seriusnya kecurian yang berlaku di Kelong 2

Habis lantai pelantar hadapan turut menjadi mangsa

Ini keadaan lantai setelah dibuat semula.
Hari ini kami berharap dapat menyiapkan kemasan lantai serta reeling untuk pemancing meletak rod. 


Wednesday, September 28, 2016

Kes Kecurian Di Kelong Batu Undan 23 September 2016

Pada 23 September lalu, tekong (OKU) kami balik ke pengkalan dan mengadu dalam bahasa isyarat dengan nada yang amat marah. Dari isyarat tangan dan memek muka mengambarkan musibah yang berlaku pada kelong kami di Batu Undan. Katanya papan lantai rumah dan lantai pelantar diumpil dan dicuri orang. Subhanallah. Tapi berita ini kami terima dengan REDHA.

Hujung minggu itu kami hanya mampu beroperasi dengan 2 unit kelong sahaja. Mujur kami belum mengambil sebarang tempahan untuk kelong yang terbabit. Selepas "architect cum engineer cum hubby" membuat tinjauan kelong inilah hasil lakaran yang hanya saya seorang je faham betapa seriusnya masalah yang dialami.
Lakaran arkitek tak bertauliah



Saya terus membuat kiraan bahan gantian yang diperlukan serta kos yang terlibat. Tanpa berlengah, terus mengorder barang yang diperlukan.

28 September, saya turut serta untuk membantu dan melihat sendiri keadaan di kelong. Ini hanya sebahagian kehilangan yang saya dapat tunjukkan. Hampir 40% dari keseluruhan lantai telah diumpil. Kerugiaan saya Allahuakbar dengan harga papan sekarang.
Lantai bawah teduhan berlubang sana sini

Pelantar belakang K2 langsai papan dikerjakan pencuri

Tanpa berlengah lagi, kerja-kerja baikpulih dan gantian lantai dilakukan. Semasa membantu encik suami menyiapkan bahagian pelantar belakang, saya terfikir berapa RM lah yang pencuri tu dapat kalau jual semua kayu-kayu saya ke kedai kitar semula. Paling tidak pun RM50- RM100..alahaiiii..sedangkan saya dan suami terpaksa keluarkan lebih dari RM1000 untuk gantiannya. Apapun saya doakan pencuri tu mendapat hidayah Allah. Hanya Allah sajalah sebaik-baik pemberi hukuman kepada mereka yang bersalah.
Bukan mudah mengangkut barang ke laut

Di tambah dengan Assistant yang setia

paku size 4" kali ni..hah bukan kata pencuri jer berpeluh nak umpil dengan tuan kelong pun x leh nak umpil dah.

Pelantar belakang siap sepenuhnya, ada kelapangan akan dinaikkan reeling belakang


Sehingga semalam, pelantar belakang baru selesai dipasang lantai. Hari ni in shaa allah akan disiapkan lantai teduhan dan pelantar hadapan pula. Kepada yang terus menyokong kami, terima kasih kami ucapkan. Kami akan cuba sebaiknya memastikan keselesaan anda semampu kami.


Saturday, September 10, 2016

Trip Kelong Batu Undan 27 Ogos 2016

Terbaik dari geng En Wan




hasil terbaik Jenahak seberat 3KG. Maaf tuan, lambat update post. Apapun harap geng tuan berpuas hati.

Wednesday, August 3, 2016

Rekod Terbaru Kelong Batu Undan Ogos 2, 2016

Rekod terbaru di kelong batu undan milik CRAZY FISHING group. Team ini berjaya menaikkan kerapu hybrid seberat 15kg. Walaupun banyak ikan-ikan lain yang turut berjaya dinaikkan, tapi gambar yang satu nilah yang main highlight dari mereka. Tahniah dari kami. Nampaknya beberapa persoalan sudah hampir terjawab apabila ada yang patah rod dan sebagainya sebelum ni.Mungkin masih ada yang bersaiz mega di sini. Apapun Tahniah Team CRAZY FISHING. Harap team anda success selalu.