Popular Posts

Friday, July 12, 2013

Trip Muara Selat Dinding 12 Julai 2013

Trip yang bermula selepas solat terawih membuahkan keberkatan buat group kali ini kerana berjaya membawa naik pari seberat 10kg.Adegan kejar-mengejar pari berlaku kira-kira jam 2 pagi,sauh terpaksa diangkat kerana mesin yang digunakan telah menjerit kepenatan dan kehausan (cap ayam lah katakan).Pertarungan yang berlangsung hampir 30 minit berpihak kepada tuan punya mesin juga akhirnya.Senyuman yang terukir diwajah dah cukup menceritakan perasaan ketika itu.
Nota: Wajah sebenar seorang juara. Yang 2 lagi tu wajah-wajah yang tumpang glamer je.


Banyak jugak rentapan-rentapan yang tidak berjaya diselamatkan dan trip yang berakhir jam 4.00pagi ini berkesudahan dengan hasil seperti yang dipamerkan. 

Nota: Tekong Cikgu- trip balas budi

Trip Pulau Pangkor 7 Julai 2013

Trip Pulau Pangkor kali ini disertai 5 pemancing bermula dari jam 3.00ptg kerana ada ahli yang lambat habis kerja. Permulaan cuaca agak berangin menyebabkan masa untuk sampai ke destinasi agak panjang sedikit. Pun begitu apabila sauh dilabuh rod terus disapa ikan.Trip yang berkesudahan jam 3.00pagi memberi kepuasan pada pemancing.Dengar cerita mereka ada bertanyakan trip ke Pulau 9 pulak. Insyaallah kemana saja destinasi pilihan anda, kami akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik.




Nota:Tekong Wak Entong

Saturday, July 6, 2013

Trip Penutup Tirai Kelong Batu Undan Sebelum Kehadiran Ramadhan 2013

Trip Kelong 5hb Julai dimulai dengan adegan membangau kerana tiada arus disudahi dengan senyuman dan cerita yang tak berkesudahan pada 6hb.





Trip Kelong 6hb Julai disapa oleh kerapu dan diikuti oleh kemeriahan ikan-ikan lain. Maka berpuas hatilah group ini dan dengan redha menggantung rod untuk memberi laluan kepada Ramadhan.


Nota:Senyuman penutup tirai

Wednesday, July 3, 2013

Siakap Oh Siakap Sg Dinding

Berita menarik buat pemburu siakap sekalian. Pada 2hb Julai baru-baru ini Jabatan Perikanan telah melepaskan lebih 10000 ekor benih ikan siakap ke perairan selat Sg Dinding dari Jety Kg Baru. Dianggarkan dalam sekitar 3bulan akan datang para nelayan dan pemancing tegar akan dapat menuai hasil dari perairan sini. Apalagi yop moh pangkah kalendar rancang trip anda.hi..hi..hi

Sunday, June 30, 2013

Trip Muara Memburu Siakap 28 June 2013-Tekong Cikgu

Trip yang hanya berlangsung lebih kurang 4 jam sahaja kerana terdapat peserta yang tak dapat lesen penuh dari orang rumah masih tidak menghampakan. Hasil yang dibawa pulang menjadi tagan untuk repeat semula trip dengan masa yang lebih panjang.
Nota:Sayang Ikan Pancing-Pancingkan, saya isteri tinggal-tinggalkan.Ha..ha asal pancingan yang Halal.

Trip Pulau 9-Tukun Perak 30hb June-Light Jig(Catch & Release)

Berbekalkan nasi lemak dan roti canai yang dibeli dari Kg Sitiawan, bermulalah perjalanan ke Pulau 9 dari jetty Kg Baru. Cuaca tersangat baik dari mula hingga kembali ke pengkalan. Kami salute group pemancing kali ini kerana mengamalkan konsep Tangkap, Tangkap Gambar & Lepas. Masih dibawah pimpinan Tekong Azhar walaupun lebih 24jam tidak tidur. Tekong hanya menelan air liur melihat ikan-ikan yang dilepaskan semula kelaut.Aktiviti tambahan-berenang di Pulau Lalang sebelum meneruskan pancingan di Tukun Perak. Banyak Jig yang melayang dilarikan ikan kerana tali yang digunakan hanya sekitar  4-20lbs(RM25 1 jig tu)
Nota:Trip penutup tirai tinggal seminggu sebelum Ramadhan

Trip Pulau 9 Bottom Fishing 29 June 2013-Tekong Azhar

Kondisi cuaca bermula cantik disebelah pagi, di sebelah petang berangin dan beralun kuat (angin barat laut)sehingga membawa ke malam. Pun begitu alhamdulillah masih membawa pulang buah tangan untuk orang rumah.
Nota: Yang tersenyum lebar tulah tekongnya-OVER!!(Sebenarnya tekong tengah menahan sakit pinggang)