Popular Posts

Saturday, July 6, 2013

Trip Penutup Tirai Kelong Batu Undan Sebelum Kehadiran Ramadhan 2013

Trip Kelong 5hb Julai dimulai dengan adegan membangau kerana tiada arus disudahi dengan senyuman dan cerita yang tak berkesudahan pada 6hb.





Trip Kelong 6hb Julai disapa oleh kerapu dan diikuti oleh kemeriahan ikan-ikan lain. Maka berpuas hatilah group ini dan dengan redha menggantung rod untuk memberi laluan kepada Ramadhan.


Nota:Senyuman penutup tirai

Wednesday, July 3, 2013

Siakap Oh Siakap Sg Dinding

Berita menarik buat pemburu siakap sekalian. Pada 2hb Julai baru-baru ini Jabatan Perikanan telah melepaskan lebih 10000 ekor benih ikan siakap ke perairan selat Sg Dinding dari Jety Kg Baru. Dianggarkan dalam sekitar 3bulan akan datang para nelayan dan pemancing tegar akan dapat menuai hasil dari perairan sini. Apalagi yop moh pangkah kalendar rancang trip anda.hi..hi..hi

Sunday, June 30, 2013

Trip Muara Memburu Siakap 28 June 2013-Tekong Cikgu

Trip yang hanya berlangsung lebih kurang 4 jam sahaja kerana terdapat peserta yang tak dapat lesen penuh dari orang rumah masih tidak menghampakan. Hasil yang dibawa pulang menjadi tagan untuk repeat semula trip dengan masa yang lebih panjang.
Nota:Sayang Ikan Pancing-Pancingkan, saya isteri tinggal-tinggalkan.Ha..ha asal pancingan yang Halal.

Trip Pulau 9-Tukun Perak 30hb June-Light Jig(Catch & Release)

Berbekalkan nasi lemak dan roti canai yang dibeli dari Kg Sitiawan, bermulalah perjalanan ke Pulau 9 dari jetty Kg Baru. Cuaca tersangat baik dari mula hingga kembali ke pengkalan. Kami salute group pemancing kali ini kerana mengamalkan konsep Tangkap, Tangkap Gambar & Lepas. Masih dibawah pimpinan Tekong Azhar walaupun lebih 24jam tidak tidur. Tekong hanya menelan air liur melihat ikan-ikan yang dilepaskan semula kelaut.Aktiviti tambahan-berenang di Pulau Lalang sebelum meneruskan pancingan di Tukun Perak. Banyak Jig yang melayang dilarikan ikan kerana tali yang digunakan hanya sekitar  4-20lbs(RM25 1 jig tu)
Nota:Trip penutup tirai tinggal seminggu sebelum Ramadhan

Trip Pulau 9 Bottom Fishing 29 June 2013-Tekong Azhar

Kondisi cuaca bermula cantik disebelah pagi, di sebelah petang berangin dan beralun kuat (angin barat laut)sehingga membawa ke malam. Pun begitu alhamdulillah masih membawa pulang buah tangan untuk orang rumah.
Nota: Yang tersenyum lebar tulah tekongnya-OVER!!(Sebenarnya tekong tengah menahan sakit pinggang)

Sunday, May 26, 2013

Pulau Pangkor 24 May 2013

Geng KL -Trip Ringan-Ringan di Pangkor
Cuaca amat mencemburui trip kali ini. Namun Alhamdulillah masih ada hasil walau kecil-kecilan

Monday, May 20, 2013

Arkib Hasil Tangkapan 18 Mei 2013

Mulai hari ini kami akan post kan gambar-gambar hasil tangkapan pemancing yang menggunakan perkhidmatan bot beserta tekong kami untuk sajian mata pemancing-pemancing tegar di luar sana.

Tarikh:18 Mei 2013
Cuaca baik cuma nasib agak kurang baik kerana terdapat terlalu banyak bot nelayan pukat tunda di persekitaran. Hasil tangkapan yang berjaya di bawa pulang

Bot pukat tunda yang berada di sekitar port memancing yang menyebabkan hasil kali ini agak kurang memberangsangkan. Namun alhamdulillah, apa-apa pun group ni nak repeat lagi hujung bulan ni. Insyaallah kami akan update hasilnya nanti.