Sudah agak terlalu lama kami tak update blog ini atas faktor-faktor kesihatan juga kesibukan. Buat penyokong tegar kami terima kasih kerana masih kekal bersama perkhidmatan kami, dan buat tetamu baru selamat datang ke Kelong Batu Undan.
Untuk makluman, Kelong Batu Undan telah mula beroperasi di tapak baru. Ini adalah kerana telah sekian lama kami diarahkan pindah oleh pihak berkuasa bagi memberi laluan kepada pembinaan pelabuhan baru di kawasan Batu Undan. Sungguhpun begitu, buat masa ini baru 2 unit kelong kami yang telah pindah lokasi (K1 & K3), manakala K2 kami masih dalam proses perpindahan dan dijangka turut akan pindah lokasi pada pertengahan tahun ini.
Antara kerja-kerja keras yang terpaksa dilakukan sebelum operasi perpindahan sudah tentu penyediaan sauh baru hingga ke penghantaran kelong ke lokasi baru serta sesi mengetest port baru.
|
Acuan utk sauh kelong |
|
Sedia menunggu lori mix simen utk menuang concrete mixture ke dalam lubang |
|
Sauh yang dah ready utk diangkat dan dihantar ke lokasi baru |
|
Kerja menambat sauh pada bot |
|
Memastikan sauh terangkat dari dasar tanah |
|
Pembantu yang setia-anak bujang dan pekerja kami |
|
Lokasi baru |
|
Sesi mengetest tapak baru |
No comments:
Post a Comment