Popular Posts

Saturday, March 31, 2018

K3 Kelong Batu Undan Tanjung Keramat 31 Mac 2018

Hasil tangkapan di kelong K3 oleh geng En Faizul.  Air terlalu laju kata mereka. Apapun terima kasih daun keladi tuan.







K1 Kelong Batu Undan Tanjung Keramat 31hb Mac 2018

Terima kasih buat geng En Khairul kerana berkongsi hasil tangkapan mereka buat tatapan pemancing yang lain di luar sana. Bravo Geng Batu Gajah..terima kasih diatas support anda pada kami selama ini. Biarlah posed posed mereka aja yang berbicara..haha



















K2 kelong Batu Undan 24 Mac 2018

Kiriman dari geng En Yusuf Atan yang menggunakan perkhidmatan kelong kami. Maaf takde pulak mereka kirimkan gambar ahli mereka disini..

Sunday, March 11, 2018

Kelong Batu Undan K1-Lokasi Baru Tak Kurang Hebat

Tak Tung Tuang...Tak Tung Tuang.. Geng En Jasni berkongsi hasil tangkapan mereka di K1 yang telah berpindah lokasi di Tanjung Keramat (sebelum ni di Batu Undan) pada 6hb Mac 2018.
Terima kasih semua.


Kelong Batu Undan K2 Trip Pembuka Tirai Januari 2018

Kami berhutang dengan Geng En Pot gambar-gambar hasil tangkapan mereka pada 6hb Januari 2018 yang lepas. Maaf di atas kelewatan meng-upload gambar ke blog ini. Harap mereka terus menyokong kami di masa akan datang.



Sunday, March 4, 2018

Kelong Batu Undan Masih Menyengat

Terima kasih atas kiriman gambar dari Geng En Kumar yang bertarung nasib di K2 Kelong Batu Undan pada 3hb Mac 2018.

Antara hasil tangkapan buat sajian mata pemancing tegar yang lain.







Terima kasih tuan, semoga tidak serik untuk terus bersama kami.

Saturday, March 3, 2018

Kelong Batu Undan di Lokasi Baru

Sudah agak terlalu lama kami tak update blog ini atas faktor-faktor kesihatan juga kesibukan. Buat penyokong tegar kami terima kasih kerana masih kekal bersama perkhidmatan kami, dan buat tetamu baru selamat datang ke Kelong Batu Undan.

Untuk makluman, Kelong Batu Undan telah mula beroperasi di tapak baru. Ini adalah kerana telah sekian lama kami diarahkan pindah oleh pihak berkuasa bagi memberi laluan kepada pembinaan pelabuhan baru di kawasan Batu Undan. Sungguhpun begitu, buat masa ini baru 2 unit kelong kami yang telah pindah lokasi (K1 & K3), manakala K2 kami masih dalam proses perpindahan dan dijangka turut akan pindah lokasi pada pertengahan tahun ini.

Antara kerja-kerja keras yang terpaksa dilakukan sebelum operasi perpindahan sudah tentu penyediaan sauh baru hingga ke penghantaran kelong ke lokasi baru serta sesi mengetest port baru.

Acuan utk sauh kelong


Sedia menunggu lori mix simen utk menuang concrete mixture ke dalam lubang
Sauh yang dah ready utk diangkat dan dihantar ke lokasi baru



Kerja menambat sauh pada bot

Memastikan sauh terangkat dari dasar tanah



Pembantu yang setia-anak bujang dan pekerja kami

Lokasi baru
Sesi mengetest tapak baru