Pada 23 September lalu, tekong (OKU) kami balik ke pengkalan dan mengadu dalam bahasa isyarat dengan nada yang amat marah. Dari isyarat tangan dan memek muka mengambarkan musibah yang berlaku pada kelong kami di Batu Undan. Katanya papan lantai rumah dan lantai pelantar diumpil dan dicuri orang. Subhanallah. Tapi berita ini kami terima dengan REDHA.
Hujung minggu itu kami hanya mampu beroperasi dengan 2 unit kelong sahaja. Mujur kami belum mengambil sebarang tempahan untuk kelong yang terbabit. Selepas "architect cum engineer cum hubby" membuat tinjauan kelong inilah hasil lakaran yang hanya saya seorang je faham betapa seriusnya masalah yang dialami.
|
Lakaran arkitek tak bertauliah |
Saya terus membuat kiraan bahan gantian yang diperlukan serta kos yang terlibat. Tanpa berlengah, terus mengorder barang yang diperlukan.
28 September, saya turut serta untuk membantu dan melihat sendiri keadaan di kelong. Ini hanya sebahagian kehilangan yang saya dapat tunjukkan. Hampir 40% dari keseluruhan lantai telah diumpil. Kerugiaan saya Allahuakbar dengan harga papan sekarang.
|
Lantai bawah teduhan berlubang sana sini |
|
Pelantar belakang K2 langsai papan dikerjakan pencuri |
Tanpa berlengah lagi, kerja-kerja baikpulih dan gantian lantai dilakukan. Semasa membantu encik suami menyiapkan bahagian pelantar belakang, saya terfikir berapa RM lah yang pencuri tu dapat kalau jual semua kayu-kayu saya ke kedai kitar semula. Paling tidak pun RM50- RM100..alahaiiii..sedangkan saya dan suami terpaksa keluarkan lebih dari RM1000 untuk gantiannya. Apapun saya doakan pencuri tu mendapat hidayah Allah. Hanya Allah sajalah sebaik-baik pemberi hukuman kepada mereka yang bersalah.
|
Bukan mudah mengangkut barang ke laut |
|
Di tambah dengan Assistant yang setia |
|
paku size 4" kali ni..hah bukan kata pencuri jer berpeluh nak umpil dengan tuan kelong pun x leh nak umpil dah. |
|
Pelantar belakang siap sepenuhnya, ada kelapangan akan dinaikkan reeling belakang |
Sehingga semalam, pelantar belakang baru selesai dipasang lantai. Hari ni in shaa allah akan disiapkan lantai teduhan dan pelantar hadapan pula. Kepada yang terus menyokong kami, terima kasih kami ucapkan. Kami akan cuba sebaiknya memastikan keselesaan anda semampu kami.
No comments:
Post a Comment