Popular Posts

Saturday, December 21, 2013

Kelong ke 3 Batu Undan Selamat Dilabuhkan pada 21 Dec 2013

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kegigihan tulang 4 kerat yang kami banting, serta berkat kesabaran dan keyakinan pemancing-pemancing kami, akhirnya kelong ke 3 kami telah selamat dilancarkan dan dilabuhkan di kawasan batu undan malam 21 hb Dec 2013. Dan secara rasminya kelong ini telah dirasmikan oleh group En Zam dari banting. Dengar cerita setakat ni ada hasil yang mereka kaut. tapi apa-apa pun bab hasil tu kita tunggu dulu..insyaallah saya akan update kemudian.
Kelong ke 3 ini boleh memuatkan max kapasiti 6 pemancing.Seperti 2 kelong sebelum ini, kelong ke 3 juga dilengkapi 1 bilik, bilik air, ruang teduhan dan pelantar khas untuk pemancing.Cuma bezanya bahagian belakang kelong ini  kami tutup bagi mengelakkan kecurian atau pecah masuk dari belakang kerana kelong ke 3 ini khas kami labuhkan berhampiran dengan tepian/darat kerana kawasan ini merupakan laluan pari dan lubuk siakap.
Beginilah rupa paras kelong ke 3 kami sebelum dan ketika hampir siap.
Pelantar yang panjangnya 17x8 kaki persegi

Bilik air yang belum dipasang pintu

Bilik  tidur berkeluasan 10x8kaki persegi(tidak termasuk buaian hi..hi..)

Tukang Rumah kelong termuda sedang berehat dalam buaian

Cikgu sedang menyiapkan reeling bagi memudahkan meletak rod


Bahagian belakang kelong ditutup habis bagi mengelakkan pecah rumah atau kecurian dari bahagian belakang

Keadaan kelong dari pandangan sisi sebelum dihantar


Kelong ini boleh dikatakan 100% hasil tangan cikgu dan isteri. Berkat pengalaman lebih 5 tahun bergelumang dalam industri sangkar laut, akhirnya terciptalah kelong ke 3 ini.Ha..ha.. Pakcik Bangga.Tak sangka Pakcik pandai jugak bertukang. Kos jangan tanya.. tapi nak cerita jugaklah.. untuk menghasilkan kelong saiz ini saja harga tak termasuk upah kurang lebih dalam RM15K. Barang mahal dik..semua skru stainless steel. Apa-apa pun kami punya next target ialah untuk repair pelantar kelong ke 2 yang telah uzur. Dah tak terkejar rasanya sebab sekolah dah nak bermula..maklumle cekgu...katakan.
Akhir kata untuk semua yang menyokong kami terima kasih yang tak terhingga, kami harapkan anda berpuas hati dengan servis kami dan terus menyokong kami lagi. Buat pemancing2 baru yang belum kami kenali jangan segan-segan untuk mencuba kelong kami.Insyaallah diharapkan konsep privacy ini dapat memberi kepuasan buat anda yang mencarinya.








No comments:

Post a Comment