Tuah ayam nampak di kaki..rezeki manusia hanya Allah yang tentukan.
Popular Posts
-
Kelong Batu Undan di bawah BATU UNDAN Recreation N Services telah mengembangkan sayapnya lagi dengan menyediakan perkhidmatan sewa bot pan...
-
Kami mempunyai1 unit kelong yang memberi ruang PRIVACY sepenuhnya buat anda dan team anda. SEWA KELONG : MIN RM300@ 2-6 PAX Tambahan ...
Wednesday, December 25, 2013
Sunday, December 22, 2013
Kelong 3 batu undan: trip 21-22 dec 2013 - team zam banting (5org)
Terima kasih buat geng Banting di atas kiriman email hasil tangkapan mereka baru-baru ini di kelong kami. Inilah wajah dan rupa paras kelong ke 3 kami yang telah dirasmikan oleh group zam ini sendiri dan hasil yang mereka kaut bersempena perasmian kelong Batu Undan Yang ke 3.
Seperti yang saya maklumkan dalam blog sebelum ini, kelong ini terletak agak hampir dengan gigi air, jadi bahagian belakang kelong terpaksa ditutup habis bagi mengelak kecurian atau pecah masuk ke kelong oleh spesis penyamun tarbus
Sewaktu kumpulan ni sampai ke kelong, keadaan kelong masih 99% siap.
Namun begitu alhamdulillah, beginilah hasil tangkapan mereka.
Tahniah buat group ini
Saturday, December 21, 2013
Kelong ke 3 Batu Undan Selamat Dilabuhkan pada 21 Dec 2013
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kegigihan tulang 4 kerat yang kami banting, serta berkat kesabaran dan keyakinan pemancing-pemancing kami, akhirnya kelong ke 3 kami telah selamat dilancarkan dan dilabuhkan di kawasan batu undan malam 21 hb Dec 2013. Dan secara rasminya kelong ini telah dirasmikan oleh group En Zam dari banting. Dengar cerita setakat ni ada hasil yang mereka kaut. tapi apa-apa pun bab hasil tu kita tunggu dulu..insyaallah saya akan update kemudian.
Kelong ke 3 ini boleh memuatkan max kapasiti 6 pemancing.Seperti 2 kelong sebelum ini, kelong ke 3 juga dilengkapi 1 bilik, bilik air, ruang teduhan dan pelantar khas untuk pemancing.Cuma bezanya bahagian belakang kelong ini kami tutup bagi mengelakkan kecurian atau pecah masuk dari belakang kerana kelong ke 3 ini khas kami labuhkan berhampiran dengan tepian/darat kerana kawasan ini merupakan laluan pari dan lubuk siakap.
Beginilah rupa paras kelong ke 3 kami sebelum dan ketika hampir siap.
Kelong ini boleh dikatakan 100% hasil tangan cikgu dan isteri. Berkat pengalaman lebih 5 tahun bergelumang dalam industri sangkar laut, akhirnya terciptalah kelong ke 3 ini.Ha..ha.. Pakcik Bangga.Tak sangka Pakcik pandai jugak bertukang. Kos jangan tanya.. tapi nak cerita jugaklah.. untuk menghasilkan kelong saiz ini saja harga tak termasuk upah kurang lebih dalam RM15K. Barang mahal dik..semua skru stainless steel. Apa-apa pun kami punya next target ialah untuk repair pelantar kelong ke 2 yang telah uzur. Dah tak terkejar rasanya sebab sekolah dah nak bermula..maklumle cekgu...katakan.
Akhir kata untuk semua yang menyokong kami terima kasih yang tak terhingga, kami harapkan anda berpuas hati dengan servis kami dan terus menyokong kami lagi. Buat pemancing2 baru yang belum kami kenali jangan segan-segan untuk mencuba kelong kami.Insyaallah diharapkan konsep privacy ini dapat memberi kepuasan buat anda yang mencarinya.
Kelong ke 3 ini boleh memuatkan max kapasiti 6 pemancing.Seperti 2 kelong sebelum ini, kelong ke 3 juga dilengkapi 1 bilik, bilik air, ruang teduhan dan pelantar khas untuk pemancing.Cuma bezanya bahagian belakang kelong ini kami tutup bagi mengelakkan kecurian atau pecah masuk dari belakang kerana kelong ke 3 ini khas kami labuhkan berhampiran dengan tepian/darat kerana kawasan ini merupakan laluan pari dan lubuk siakap.
Beginilah rupa paras kelong ke 3 kami sebelum dan ketika hampir siap.
Pelantar yang panjangnya 17x8 kaki persegi
Bilik air yang belum dipasang pintu
Bilik tidur berkeluasan 10x8kaki persegi(tidak termasuk buaian hi..hi..)
Tukang Rumah kelong termuda sedang berehat dalam buaian
Cikgu sedang menyiapkan reeling bagi memudahkan meletak rod
Bahagian belakang kelong ditutup habis bagi mengelakkan pecah rumah atau kecurian dari bahagian belakang
Keadaan kelong dari pandangan sisi sebelum dihantar
Akhir kata untuk semua yang menyokong kami terima kasih yang tak terhingga, kami harapkan anda berpuas hati dengan servis kami dan terus menyokong kami lagi. Buat pemancing2 baru yang belum kami kenali jangan segan-segan untuk mencuba kelong kami.Insyaallah diharapkan konsep privacy ini dapat memberi kepuasan buat anda yang mencarinya.
Friday, December 13, 2013
Sunday, December 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)