Berbekalkan nasi lemak dan roti canai yang dibeli dari Kg Sitiawan, bermulalah perjalanan ke Pulau 9 dari jetty Kg Baru. Cuaca tersangat baik dari mula hingga kembali ke pengkalan. Kami salute group pemancing kali ini kerana mengamalkan konsep Tangkap, Tangkap Gambar & Lepas. Masih dibawah pimpinan Tekong Azhar walaupun lebih 24jam tidak tidur. Tekong hanya menelan air liur melihat ikan-ikan yang dilepaskan semula kelaut.Aktiviti tambahan-berenang di Pulau Lalang sebelum meneruskan pancingan di Tukun Perak. Banyak Jig yang melayang dilarikan ikan kerana tali yang digunakan hanya sekitar 4-20lbs(RM25 1 jig tu)
Nota:Trip penutup tirai tinggal seminggu sebelum Ramadhan
No comments:
Post a Comment