Popular Posts

Friday, October 28, 2016

Aksi di Kelong 2 Batu Undan 28 Oktober 2016

Kurau sudah mari. Alhamdulillah. Walau spesis ini sekali sekala melewati kawasan Batu Undan, kedatangannya telah di sambut baik dengan senyuman yang meleret dari geng En Fadhil. Sebenarnya di waktu saya meng update kan blog ni, group ni masih mempertarungkan nasib mereka di Kelong 2 Batu Undan . Agaknya keterujaan membuatkan En Fadhil tanpa lengah menghantar gambar hasil tangkapan kepada saya.
Pada asalnya group mereka mendambakan untuk bertarung nasib di kelong 1. Tetapi malangnya, disebabkan ribut kuat malam sebelum ni, kelong 1 terpaksa ditutup hari ini bagi kerja-kerja baikpulih bumbung yang tersingkap dek angin kuat. Mujur mereka akur pada ketentuan Allah. Tanpa sebarang keluhan dan ragam, mereka bersetuju ditempatkan di Kelong 2. Alhamdulillah, kalau rezeki dah tertulis, tak kan ke mana. Tahniah tuan. Teruskan berusaha.

Ikan Kurau

Ikan Jenahak



Bulan oh bulan di kala bulan mengambang
Kesemua hasil yang telah berjaya mereka perolehi telah mereka abadikan disini untuk santapan mata pemancing di luar sana.

Tahniah dan terima kasih tuan. Harap berjumpa lagi di lain kali.

Aksi di Batu Undan Selepas Baik Pulih Kelong No 2

Alhamdulillah, selesai sahaja kerja-kerja baik pulih lantai kelong terus kami menerima pemancing. Beginilah sedikit sebanyak wajah baru dari Kelong 2 di Batu Undan.




Antara hasil sekitar tarikh 2 - 8  Oktober 2016 di kelong 2 yang dikirimkan kepada kami.
En wafi bersama hasil tangkapannya ikan pecah periuk


 Geng En kamal bersama Ikan Jenahak mereka




 Keluarga En Nasir bersama kerapu dan semilang sebelum diganggu oleh nelayan desa yang melabuh pukat terlalu hampir dengan tapak kelong.


Apapun Tahniah dan terima kasih dari kami di Batu Undan.