Popular Posts

Sunday, August 31, 2014

Trip kelong 30 August 2014

 
Tarikh Hari Kemerdekaan Negara kita dikenang dalam pelbagai cara yang indah.Bagi Geng En Yap dari KL ni,..semoga hasil tangkapan mereka bersempena hari kemerdekaan yang ke -57 dapat menambahkan seri serta keindahan KEMERDEKAAN kali ini.
 
 
DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

Friday, August 29, 2014

Persoalan Terjawab- Faktor Hasil Kurang Memberangsangkan


 Baru-baru ini surat khabar tempatan telah menyiarkan apa yang menjadi punya penyebab hasil kurang memberangsangkan di sepanjang sungai dinding.
Gambar diatas ialah Tok Sidang kampong kami..membuat statementnya.


Amat menyedihkan apabila hutan-hutan bakau disekeliling telah digondolkan. kalau tuan-tuan datang kekelong kami, suasana ini dapatlah tuan-tuan saksikan.kepada pemancing baru mungkin suasana ini tidak ketara tetapi kepada regular customer kami, pasti suasana ini mampu melekat dilensa anda.

Apa-apa pun aktiviti kehidupan di teruskan. perjuangan dan kelangsungan hidup amat penting bagi setiap individu.begitu juga dengan hobi.. dimana ada air di situlah ada pemancing. Bak kata pemancing tegar kami..kalau nak ikan pegi pasar..tapi kalau nak kepuasan datanglah memancing..hi..hi..

Sunday, August 24, 2014

Trip kelong 21 August 2014

Pasangan husband n wife pn liza menghantar gambar hasil tangkapan untuk kami. Terima kasih diucapkan.Pada tarikh keramat ini juga kelong kami yang under renovation tu dipecah masuk oleh penyangak pada waktu malam dan mengsonglap generator,tabung gas serta grinder.Hanya Allah memberi hidayah pada mereka..cuma terbayang kalau di padang masyar seseorang kena bawak hasil curian untuk mencari ownernya..hah..takpele..kerja keras sikit kot.


NOTA: KELONG 2 dah 89% SIAP. Should be able to operate semula pada hujung minggu ni Insyaaallah.


Wednesday, August 13, 2014

MAKLUMAN BUAT KAKI PANCING

Kerja-kerja baikpulih kelong pancing sedang dijalankan.

Kelong 1:
Cadangan: menambah serta memanjangkan lagi pelantar bahagian hadapan rumah bagi memudahkan balingan kearah hadapan.
Status: KIV

Kelong 2:
Cadangan:
1)Membaik pulih pelantar bahagian hadapan rumah
2)Menambah pelantar bahagian belakang rumah
3)Membaiki Dinding Rumah serta struktur apungan bawah rumah
4)Menyediakan ruang dapur khas bagi keselesaan memasak
5)Membaikpulih lantai rumah

Status: Work In Progress(Kelong ditutup sementara bagi kerja-kerja dijalankan)

Kelong 3:
Cadangan:
1)Menambah pelantar bahagian belakang rumah
2)Mengubah kedudukan kelong ke bahagian hadapan setara dengan kelong 1 & kelong 2
3)Menyediakan sauh baru bagi membolehkan kelong ditempatkan dikedudukan baru

Status: KIV

Harap maklum.

Trip Kelong 12 August 2014

Geng KL yang baru belajor nak ngail.Hasil masih tak menghampakan

Saturday, August 2, 2014

Trip Pembuka Tirai Kelong Batu Undan Syawal ke-4 31 July 2014

 
Terima kasih di atas kiriman geng En Aizat yang merasmikan upacara buka tirai kelong sempena Syawal ke 4 bersamaan 31 Julai 2014
 


Nota: Yang comei-comei depa tak nak tunjuk