Popular Posts

Saturday, October 26, 2013

Kelong Batu Undan 26 Oktober 2013 Geng KJTB

Cuaca baik di Kg Baru menyambut kehadiran geng KJTB kali ini walaupun laluan untuk masuk ke kampung kurang baik kerana sedang di naik taraf. Peserta kali ini lebih ramai dari kebiasaan. Acap kali kehadiran group ini membawa wajah wajah baru kesini. Kali ini peserta seramai 7 orang.
Tetapi seperti biasa cuaca yang indah tidak kekal lama. Apa pun hujan yang turun tetap membawa rahmat buat group mereka.




Nota: Kami tabik spring untuk group anda.

Kelong Batu Undan: Kelong Batu Undan 7 Oktober 2013

Kelong Batu Undan: Kelong Batu Undan 7 Oktober 2013: Geng En Nazrul

Wednesday, October 23, 2013

Kelong Batu Undan 7 Oktober 2013

Geng En Nazrul 


Kelong Batu Undan 5 Oktober 2013

Terima Kasih buat geng En Fuzi yang telah menghantar gambar hasil tangkapan mereka di kelong kami di laman facebook kelong batu undan. Apa yang dipaparkan ialah hasil download dari apa yang mereka kirimkan.

sapa rajin layan gelama... hasil boleh tahan...

gelama tak menang tangan melayan...

double hook up memang biasa kat kelong nie...


Tamok @ Loban @ Ibu Belanak


nak rasa layan pari ketuka sini memang port dia...


Tamok kelong batu undan...

Kelong Batu Undan 19 Oktober 2013(Team Kuchams)

Pada 19/10/2013-20/10/2013,kami mengadakan trip ke kelong Batu Undan,Lumut.
Trip ini adalah untuk santai bersama ahli Kuchams Team yang lama tidak membottomkan diri.Asyik casting jer..Trip ini juga untuk merapatkan lagi ukhwah antara ahli Kuchams Team.
Pertandingan antara kami juga diadakan bagi memeriahkan suasana.Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini adalah 3 jam pertama tiba di kelong.Pemenangnyer ialah Meor yang menaikkan ikan tanda seberat 160g.
Pada sebelah petang hujan turun membawa ke awal pagi.Banyak juga strike dari ikan yang melenturkan rod tapi rabut.Siakap mega yang dianggarkan berat melebihi 5kg hanya menunjukkan diri bermain di sekitar kelong tetapi sombong dan tidak mengendahkan langsung umpan yang kami sediakan.Alhamdulillah walaupun hujan,ada juga rezeki untuk kami walaupun memancing sambil bersantai.

Wednesday, October 9, 2013

Trip Jenahak Muara Selat Dinding 6 Oktober 2013

Group En Ismail tersenyum lebar dengan hasil yang dibawa pulang.


Nota: Tekong Azhar

Kelong Batu Undan 5 Oktober 2013

Tuah Ayam nampak di kaki, Tuah Manusia mungkinkah pada T Shirt yang baru di PRINTnya ..
Apapun suara hati pemancing yang mengangankan Siakap telah tertunai. Hari yang agak sunyi telah diandaikan ada yang bersaiz mega berhampiran. Andaian itu telah dibuktikan bukan sekadar mitos apabila beberapa strike yang hampir menjunamkan rod pemancing kedasar di sambar entah spesis apa..baracuda mungkin..
Akhirnya lebih kurang jam 9 malam ketika sedang enak mengadap hidangan makan malam, rod di sentak halus oleh sang mangsa yang mungkin turut jua kelaparan.Bijak..bijak..
Pilihan Rod amat unik, mesin itu bukan lawannya langsung(Ajiking aje) Melihatkan tali perambut mungkin si ikan hanya tersenyum sinis. Boleh dijadikan flos gigi setelah selesai aku makan fikir si ikan. Tapi sepandai-pandai ikan dilaut pandai lagi pemancing dikelong. Akhirnya berkat sokongan rakan-rakan beserta penyauk yang baru dibeli, siakap seberat 5kg berjaya didaratkan.Alhamdulillah.



Geng KTB: Yang lain tompang senyum sebab hanya senyuman sang juara jer yang naik seri. hi..hi..(hari ni hari dia..hari lain siapa punya??)

Sunday, October 6, 2013

Kelong Batu Undan 28 September 2013

Trip kali ini sewaktu air mati kekat. Tak ada arus langsung yang ada cuma pukat-pukat nelayan merapat kekawasan batu dan berlabuh begitu hampir dengan kelong. Apa nak buat sama-sama mencari makan.Inilah hasil tangkapan kedua-dua group yang datang bertandang pada hari tersebut.