Popular Posts

Sunday, September 15, 2013

Trip Pulau Pangkor 14 September 2013

Pada awal paginya cuaca agak baik air pun cantik, umpan disapa ikan. Tetapi siapalah kita untuk menjangka apa yang menanti dihadapan. Cuaca yang disangka indah berpanjangan akhirnya mula melahirkan bibit-bibit angin dan akhirnya bertukar ganas. Angin bertiup kencang dan ribut pun datang bertandang. Geng-geng UIA ini akhirnya akur dengan takdir dan pasrah dengan rezeki yang diberi.

Nota: Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, jika takut dilambung ombak masakan group ini sampai.
Tekong:Wak

Trip Kelong Batu Undan 14 September 2013

Geng En Manaf sememangnya terkenal dengan kemesraan dan keriuhan. Bukan kali pertama menjejakkan kaki di kelong ini tapi boleh dikatakan sudah macam ahli keluarga Batu Undan. Trip yang sebelum ini, mereka hanya menaikkan ikan-ikan bersaiz di bawah 1Kg tetapi trip kali ini pasti meninggalkan kenangan abadi apabila banyak tangan yang terketar-ketar melayan rontaan si ikan GT. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia..tak siapa yang tahu. Walau dilanda ribut diatas kelong mereka tetap tidak mengalah dan tidak berputus asa. Akhirnya alhamdulillah beginilah hasilnya.







Nota: Geng En Manaf minta saya abadikan kenangan dari saat mula turun dari bot.




Trip Memburu Siakap Muara Selat Dinding 7 September 2013

Trip yang hanya disertai oleh 2 beranak ini disapa hujan dan angin pada mulanya. Tetapi cuaca tak semestinya terlalu kejam. Ada juga ruang dan peluang untuk menaikkan hasil. Alhamdullillah hajat hati tetap kesampaian walau pun tiada saiz mega tapi cukup menjadi penyejuk jiwa pada badan yang dah ketar kesejukkan,


Nota:En Jamal & Anak tersenyum riang walaupun begitu senyuman sang ayah kelat sikit lah sebab asyik anak je yang tarik dengan rod-rod ayah pun dia kampoi..hi..hi..
Tekong: Cikgu

Trip Kelong Batu Undan 7 September 2013

Salam semua warga pancing. Sudah lama blog ni tidak di update walaupun tirai pancing telah bermula seawal Syawal ke-4 lagi. Sebenarnya ramai yang meminta kami beroperasi pada Syawal ke 2 tetapi tuntutan merayakan Aidilfitri diberi keutamaan maka kami mula beroperasi hanya pada Syawal ke-4.
Alhamdulillah bermula dari trip pembuka tirai hingga ke saat ini Batu Undan masih tidak mengecewakan pengunjung-pengunjungnya. Walaupun banyak hasil tangkapan pengunjung tidak dapat diabadikan di sini dek kerana camera woman nya busy menghadiri kenduri atau open house, tapi ada juga satu dua yang sempat kami rakamkan buat juadah pengunjung blog ini.

Geng En Zainuddin pengunjung kami pada 7hb lalu tersenyum kepuasan apabila repeat tripnya kali ini membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan dari yang sebelumnya.

Nota: Sesungguhnya rezeki itu berpihak kepada mereka-mereka yang Sabar.