Popular Posts

Thursday, December 31, 2015

Kelong Batu Undan Melabuh Tirai 2015

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dari kami di Batu Undan Recreation N Services diatas sokongan semua pencinta,penggemar dan penggila pancing di seluruh pelusuk negara. Atas sokongan anda semua kami masih kekal berdiri sehingga ke hari ini. Atas komitment anda maka kami terus mengharungi pahit getir perusahaan kelong pancing ini. Dan semoga dengan berterusannya sokongan dari anda, kami dapat melangkah lebih jauh dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik dan profesional.

Kehadiran 2016 amat mencabar kepada setiap dari kita. Tidak terkecuali kami sebagai pengusaha kelong pancing. Kos beroperasi semakin meningkat dari masa ke semasa. Semoga dengan sambutan hangat yang berpanjangan dari kaki pancing semua mampu menjadi talian hayat buat kami di sini.

Sebelum berakhirnya episod di tahun 2015 ini, kami di Batu Undan Recreation N Services ingin memohon maaf diatas sebarang kekurangan dan kesilapan. Dan di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2016 yang penuh mencabar dengan penuh ketabahan.Dan sempena menutup tirai 2015 ini, kami ingin mengetengahkan hasil tangkapan PENUTUP TIRAI dari Encik Nazri dan Sahabat dari Ipoh.

Tarikh Tangkapan: 29 December 2015